MPMA anjur kempen promosi perlumbaan bebas sampah
KEMPEN: Ahli MPMA Cawangan Sabah yang bertugas sempena Kempen Anti Sampah.
KOTA KINABALU: Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA) Cawangan Sabah menganjurkan Kempen Anti Sampah sempena Borneo Marathon 2024 di sini pada 5 Mei lepas.
Menurut kenyataan MPMA Cawangan Sabah, kempen berkenaan bertujuan mempromosikan ‘perlumbaan bebas sampah’, menyebarkan mesej anti sampah dan berkongsi kepentingan kitar semula untuk persekitaran yang lebih hijau.
Ahli MPMA menyediakan dan meletakkan tong sampah kitar semula dan tong biasa (untuk bukan kitar semula) yang mencukupi selain tenaga kerja untuk menjayakan kempen itu.
Terdapat tong sampah yang ditetapkan untuk kitar semula (botol air minuman plastik pasca pengguna) supaya ia diasingkan dengan betul daripada bahan buangan yang tidak boleh dikitar semula seperti kertas dan pembungkus.
Sepanjang laluan 45 kilometer (km), 21 km, 10 km dan tiga km (kategori khas) disediakan tong sampah bagi memudahkan para pelari.
Kira-kira 400 kilogram (kg) botol kosong dan bahan buangan tidak boleh dikitar semula dapat dikumpul daripada larian yang disertai kira-kira 6,000 pelari itu.
KITAR SEMULA: Stesen kitar semula yang disediakan selepas garisan penamat acara Borneo Marathon 2024.
Sebuah stesen kitar semula turut disediakan selepas garisan penamat untuk mempamerkan kepada pelari, penonton dan orang ramai proses kitar semula botol daripada perlumbaan.
Pemerhati dapat menyaksikan secara langsung proses menghancurkan dan memadatkan botol plastik pasca pengguna, dan kemudian diikat atau dibalut, serta sedia untuk dihantar ke pusat kitar semula bagi diproses selanjutnya menjadi botol.
Penutup botol dari perlumbaan itu juga dihancurkan dan dibentuk menjadi rantai kunci serta-merta.
MPMA Cawangan Sabah berbangga kerana boleh menjalankan perlumbaan bebas sampah dan berharap proses kitar semula secara langsung dapat memupuk kesedaran yang lebih besar mengenai kepentingan kitar semula dan tidak membuang sampah.
Ahli-ahli yang menyertai kempen berkenaan ialah Life Water Industries Sdn Bhd, HKT Furniture Sdn Bhd dan Rich-In Plastic Technique Sdn Bhd.
Recent Post
- ๐ ๐ฒ๐ฎ๐๐๐ฟ๐ถ๐ป๐ด ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ต๐ผ๐ป ๐ฅ๐ผ๐๐๐ฒ๐: ๐๐โ๐ ๐ก๐ผ๐ ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐๐ ๐ฎ๐ ๐ฌ๐ผ๐ ๐ง๐ต๐ถ๐ป๐ธ!๐ ๐ฒ๐ฎ๐๐๐ฟ๐ถ๐ป๐ด ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ต๐ผ๐ป ๐ฅ๐ผ๐๐๐ฒ๐: ๐๐โ๐ ๐ก๐ผ๐ ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐๐ ๐ฎ๐ ๐ฌ๐ผ๐ ๐ง๐ต๐ถ๐ป๐ธ! On Saturday, we started measuring atโฆ Read more: ๐ ๐ฒ๐ฎ๐๐๐ฟ๐ถ๐ป๐ด ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ต๐ผ๐ป ๐ฅ๐ผ๐๐๐ฒ๐: ๐๐โ๐ ๐ก๐ผ๐ ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐๐ ๐ฎ๐ ๐ฌ๐ผ๐ ๐ง๐ต๐ถ๐ป๐ธ!
- Happenings today at Sabah International Convention Centre – SICC.Happenings today at Sabah International Convention Centre – SICC.
- Counting down to 25th Anniversary of Kota Kinabalu CityCounting down to 25th Anniversary of Kota Kinabalu City