100 kanak-kanak kurang upaya sertai BIM
Datuk Seri Musa Aman melihat medal yang di menangi atlit Orang Kurang Upaya (OKU), Zulkarnain Mohd Riduan, 20, (empat dari kanan) selepas melancarkan UNICEF Borneo International Marathon di Hotel Hilton, Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Seratus kanak-kanak kurang upaya antara kira-kira 10,000 peserta yang akan menyertai Maraton Antarabangsa Borneo (BIM) pada 7 Mei depan.
Presiden Kelab Larian Kinabalu yang juga pengarah perlumbaan BIM, Datuk Dr Heng Aik Cheng, berkata kejohanan edisi ke-10 itu akan turut mendapat kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF).
“Untuk kejohanan BIM tahun ini, kita akan bekerjasama dengan UNICEF dengan tema larian kali ini ialah #thisability iaitu bagi mempromosikan kesungguhan kanak-kanak kurang upaya.”Kita mahu memberi peluang kepada kanak-kanak kurang upaya untuk meningkatkan kebolehan serta potensi mereka dan kita juga mahu mereka menyertai semua aktiviti yang kami jalankan,” katanya ketika berucap sempena pelancaran BIM UNICEF, di sini, hari ini.
“Kita mahu memberi peluang kepada kanak-kanak kurang upaya untuk meningkatkan kebolehan serta potensi mereka dan kita juga mahu mereka menyertai semua aktiviti yang kami jalankan,” katanya ketika berucap sempena pelancaran BIM UNICEF, di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dan wakil UNICEF ke Malaysia, Marianne Clark-Hattingh.
Terdahulu, Heng berkata peserta perlumbaan kali ini dijangka meningkat berbanding tahun lalu.
“Kita jangkakan antara 8,000 hingga 10,000 peserta termasuk dari luar negara akan menyertai kejohanan tahunan ini,” katanya.
Larian yang mula diperkenalkan pada 2008 itu bakal mempertandingkan empat kategori larian iaitu sejauh 42 kilometer (km), 21km, 15km dan 5km.
Recent Post
- ๐ ๐ฒ๐ฎ๐๐๐ฟ๐ถ๐ป๐ด ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ต๐ผ๐ป ๐ฅ๐ผ๐๐๐ฒ๐: ๐๐โ๐ ๐ก๐ผ๐ ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐๐ ๐ฎ๐ ๐ฌ๐ผ๐ ๐ง๐ต๐ถ๐ป๐ธ!๐ ๐ฒ๐ฎ๐๐๐ฟ๐ถ๐ป๐ด ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ต๐ผ๐ป ๐ฅ๐ผ๐๐๐ฒ๐: ๐๐โ๐ ๐ก๐ผ๐ ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐๐ ๐ฎ๐ ๐ฌ๐ผ๐ ๐ง๐ต๐ถ๐ป๐ธ! On Saturday, we started measuring atโฆ Read more: ๐ ๐ฒ๐ฎ๐๐๐ฟ๐ถ๐ป๐ด ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ต๐ผ๐ป ๐ฅ๐ผ๐๐๐ฒ๐: ๐๐โ๐ ๐ก๐ผ๐ ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐๐ ๐ฎ๐ ๐ฌ๐ผ๐ ๐ง๐ต๐ถ๐ป๐ธ!
- Happenings today at Sabah International Convention Centre – SICC.Happenings today at Sabah International Convention Centre – SICC.
- Counting down to 25th Anniversary of Kota Kinabalu CityCounting down to 25th Anniversary of Kota Kinabalu City